Wednesday, 11 December 2013

TAKLIMAT PENGURUSAN LAPORAN KOKURIKULUM 2013

Aktiviti yang PPAD LEDANG jalankan untuk semua guru kokurikulum Daerah Ledang untuk memantapkan dan mengemaskini laporan semua aktiviti sepanjang tahun 2013. Taklimat ni dijalankan dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang yang dikelolakan oleh Penyelia Kokurikulum Daerah Ledang Ustazah Raja Rohana bte Raja Ahmad. Terlalu banyak maklumat yang telah dikongsi dan dikemaskini termasuklah pengurusan fail. langkah ini dijalankan untuk persediaan pemantauan dari PPAD yang akan bermula JJanuari 2014. Antara aktiviti yanga akan dilaksanakan penghujung 2013 ialah perkhemahan guru-guru kokurikulum Daerah Ledang.